View More
View More
VIEW MORE

View More
View More
VIEW MORE
  • Confirm Departure
  • Popular
  • Family & Fun
  • Best Value
  • Fullboard
  • Free & Easy

CONFIRM DEPARTURE 12 HARI 9 MALAM TURKI GUNUNG NAMRUD - JEJAK NABI IBRAHIM - EMPAYAR UTHMANIYYAH RM6290 ALL IN (TIKET+HOTEL+TOUR+MAKAN+TIPS)

Image result for gunung nemrut

Turkey, country that occupies a unique geographic position, lying partly in Asia and partly in Europe.

PRICE FROM : RM6,290
 

PAKEJ ITINERI

HARI

KUALA LUMPUR - ISTANBUL

no-meals
1

Berkumpul di KLIA 3.5 jam sebelum berlepas.


HARI

ISTANBUL – ADIYAMAN – KAHTA  (GUNUNG NAMRUT)

meals-ld
2

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk Istanbul dan mengambil penerbangan seterusnya ke Adiyaman. Bertemu  pemandu pelancong dan terus bergerak untuk makan tengahari dan terus ke Kahta. Di sebelah petang, lawatan ke Gunung Namrut- “National Park” sebelum makan malam di restoran halal tempatan. Daftar masuk hotel dan rehat.


HARI

GUNUNG  NAMRUD - SANLIURFA -  ABRAHAM CAVE - HARRAN

meals-bld
3

Menikmati keindahan matahari naik di Gunung Namrut. Rombongan perlu bangun awal dan bersedia jam 3 pagi untuk untuk bergerak ke menaiki bas ke kaki Gunung Namrut. Untuk ke puncak, peserta perlu mendaki dan berjalan kaki. Sesampai di puncak, rombongan berpeluang melihat matahari terbit yang indah di antara patung-patung KUNO di Gunung Namrut. Selepas matahari terbit, kelihatan runtuhan Gunung Namrud. Masa bebas untuk bergambar sebelum turun dan kembali ke Kahta. Dalam perjalanan itu, peserta dibawa melawat runtuhan Arsemia dan jambatan Roman Cendere. Kembali ke hotel untuk sarapan.  Usai sarapan, perjalanan diteruskan ke Bandar Sanliurfa. Dalam perjalanan, kita akan melihat Empangan Ataturk, empangan terbesar di Asia Barat. Selepas makan tengah hari, terus akan melawat beberapa tempat menarik di pusat bandar seperti Bazar Oriental, Balikli Gol yang merupakan lokasi dimana Nabi Ibrahim dicampakkan oleh Raja Nimrud, Gua Nabi Ibrahim serta bersolat di Masjid Nabi Ibrahim. Kemudian, peserta dibawa ke Harran, lokasi habitat sarang lebah dan dikatakan Nabi Ibrahim AS menghabiskan tahun-tahun terakhir. Rombongan juga akan melawat runtuhan Harran termasuk tembok Kota Universiti Islam tertua dan Istana yang dibina pada abad ke-8. Selepas meluangkan masa di sekitar kampung Harran, lawatan diteruskan ke Gobeklitepe, kuil tertua di dunia. Apa yang menjadikan Gobeklitepe unik dalam kelasnya ialah tarikh ia dibina, yang kira-kira 12,000 tahun lalu, kira-kira 10.000 (sebelum Masihi). Daftar masuk hotel dan makan malam di bandar Sanliurfa.


HARI

SANLIURFA – CAPPADOCIA

meals-bld
4

Selepas sarapan pagi, daftar keluar dan berlepas dari Sanliurfa ke Birecik, yang terkenal dengan burung bald-ibis (Kelaynak). Lokasi Ini adalah satu-satunya tempat di dunia di mana burung-burung ini dapat ditemui dan kini populasi yang sangat terhad. Rombongan juga akan melawat ladang pembiakan untuk burung Ibis Bald ini.
Selepas makan tengahari, bergerak ke Pergunungan Taurus, meluangkan sambil menikmati teh sebelum kembali ke Goreme dan daftar masuk hotel.


HARI

CAPPADOCIA

meals-bld
5

Aktiviti lawatan penuh di Cappadocia. Terus ke Goreme Open Air Museum di mana anda akan dapat melihat gereja batu yang hebat dan lukisan-lukisan dari pelbagai abad di dinding. Landskap Cappadocia sangat unik, daripada hakisan pemendapan abuangin, matahari, hujan dan salji sehingga menghasilkan bentuk muka bumi yang pelik seperti cendawan, tiang dan cerombong asap. Usai sarapan pagi, peserta dibawa melawat ke Uchisar Castle Rock, lokasi tertinggi dan penting yang memberikan rombongan panorama menakjubkan. Seterusnya ke Fairy Chimneys, di mana terletaknya lembah-lembah Uchisar iaitu sebuah kampung lama dengan rumah-rumah yang diukir ke dalam batu besar. Kemudian kita akan berjalan melalui Pigeon Valley ke Goreme Village. Pigeon Valley adalah salah satu lembah yang paling terkenal di Cappadocia dan namanya diambil dari merpati-Cotes diukir pada dindingnya. Lawati Underground City of Kaymakli. Ahli arkeologi kini mengatakan bahagian terawal bandar-bandar bawah tanah dari Hittite 4000 tahun yang lalu. Bermalam di Cappadocia. Makan tengah hari dan makan malam disediakan.

**Optional: Hot Air Ballon AS$200 seorang


HARI

CAPPADOCIA – ANKARA – SAFRANBOLU

meals-bld
6

Selepas sarapan pagi, daftar keluar hotel. Teruskan perjalanan ke Ankara. Nikmati photostop di Salt Lake sebelum melawat Ataturk Mouseleum, tempat persemadian Mustafa Kemal Ataturk, "bapa pemodenan Turki ".Perjalanan diteruskan ke Safronbalu. Daftar masuk hotel dan bermalam di sini selama 2 malam. Makan tengah hari dan makan malam disediakan.


HARI

SAFRANBOLU

meals-bld
7

Usai sarapan, lawatan ke UNESCO Heritage (Old Town) pada abad ke -13 ia menjadi stesen kafilah yang penting di laluan perdagangan timur-barat utama. Mulakan lawatan ke Hidirlik Hill dan Hidrilik Hill Tea Garden yang menjadi lokasi utama di bandar ini. ‘’Carsi”  pasar  adalah lokasi paling popular. Antara banguanan bersejarah termasuk Muzium “KAYMAKAMLIK’’ – yang menjadi tarikan pengunjung pempelaajari sejarah kota Safranbolu.


HARI

SAFRANBOLU -  ISTANBUL

meals-bld
8

Selepas sarapan pagi, daftar keluar hotel dan teruskan perjalanan selama tiga jam ke Istanbul. Lawatan dimulakan ke Blue Mosque, terkenal dengan jubin biru dan unik dengan 6 menara yang dibina atas nama Sultan Ahmet. Seterusnya ke Oriental Topkapi Palace yang menakjubkan bukan sekadar satu bangunan besar dengan taman terpencil, bentuk ia diilhamkan oleh seni bina Islam terdiri daripada berbagai kompleks pengurusan negara. Di samping itu, tarikan utamanya juga adalah  artifak peninggalan Islam disimpan rapi di dalam muzium ini. Selepas itu aktiviti membeli-belah di bazaar tertutup terbesar di dunia, Grand Bazaar dengan lebih 4000 kedai yang menjual pelbagai cenderahati. Bermalam di Istanbul. Makan tengahari dan makan malam di sediakan.


HARI

ISTANBUL

meals-bld
9

Selepas sarapan pagi bertolak ke Taman Emirgan. Nikmati masa santai sambil luangkan masa di  kafe & restoran. Lawatan diteruskan ke St Sophia (Hagia Sofia), pada asalnya adalah sebuah gereja dan kemudiannya dijadikan masjid dan pada masa ini, ia dikenali sebagai sebuah muzium. Lewat petang, kunjungi “Spice Bazar”  untuk melihat dan membeli belah barangan tempatan seperti buah-buahan kering, Turkish Delight, hiasan rumah dan berbagai cenderamata.


HARI

LAWATAN SEHARI KE EDIRNE

meals-bld
10

Edirne adalah ibu negara kerajaan Ottoman dari 1353 sehingga 1463 - sebelum penaklukan kota Kostantinople (Istanbul). Terkenal sebagai bandar yang paling banyak masjid serta gerbang / pintu masuk Turki dari Benua Eropah. Terus ke “Old Mosque” isitu Eski Cami yang diperbuat dari batu dipotong halus dengan ukiran yang cantik. Seterusnya, berhenti seketika untuk melihat panorama Jambatan Meric, yang dibina pada 1800. Seterusnya, lawatan ke Muzium Perubatan Beyazid II (Bimarhane) Ottoman yang menjanjika n pengalaman unik sejarah perubatan zaman kegemilangan Islam. Lawatan diteruskan ke Masjid Selimiyi, Masjid Diraja yang dibina oleh Sultan Selim II dan dibuat oleh Arkitek Simar Sinan pada 1569. Teruskan lawatan ke Masjid UC Serefeli yang dibina oleh Sultan Murad pada 1438. Habiskan masa membeli belah di Grand Bazar Edirne sebelum bertolak pulang ke Istanbul.



HARI

ISTANBUL- KUALA LUMPUR

 meals-bld
11

Selepas sarapan pagi, daftar keluar hotel. Lawatan diteruskan dengan Muzium Panorama yang berkisar penaklukan Kota Konstantinople. Aktiviti diteruskan dengan pelayaran santai Selat Bosphorus, pintu masuk semula jadi yang membahagikan Asia dan Eropah.  Lawatan dan solat Zohor di Masjid Ayyub Al-Ansari. Dibina pada tahun 1458, ia adalah masjid yang pertama dibina oleh orang Turki Uthmaniyyah berikutan Penaklukan KConstantinople pada 1453. Teruskan menaiki kereta kable ke Pierre Loti yang menjanjikan pemandangan ‘Golden Horn’ yang menakjubkan. Akhir sekali, berkunjung ke Taksim Square kawasan membeli belah terkenal Istanbul. Makan tengahari dan makan malam di sediakan. Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang.

SENARAI HARGA

TARIKH BERLEPAS  HARGA (SEORANG) - RM
BERDUA/BERTIGA

KANAK-KANAK DENGAN KATIL

KANAK-KANAK TANPA KATIL

SINGLE SUPP

09 APRIL - 20 APRIL 2018

20 SEPTEMBER - 1 OKTOBER 2018

6,290 5,890 5,290 1,500

Maklumat penerbangan

  • TK061 KUL/IST 2325/0525
  • TK2216 IST/ADF 1050/1235
  • TK060 IST/KUL 0130/1710

Pakej Termasuk

  • Penerbangan ekonomi dengan 30kg bagasi
  • Penginapan
  • Lawatan dan makan seperti dalam jadual
  • 1 way penerbangan domestik IST-ADF
  • Semua penginapan termasuk penghantaran ke lapangan terbang (sepenuhnya AC)
  • Pemandu pelancong
  • Insurans perjalanan
  • Tips
  • Tour Leader

Pakej tidak termasuk

  • Perbelanjaan sendiri
Share