There isn't any images, Please upload via modules management in admin section
UAE , Qatar , Jordan , Other

CONFIRM DEPARTURE :7 HARI 6 MALAM KEMBARA BUMI MIKRAJ AMMAN & BAITULMAQDIS (KUMPULAN KECIL)

Related image

Baitulmuqaddis ialah sebuah kota yang kaya dengan tamadun dan budaya. Kota Lama Baitulmuqaddis (juga dikenali sebagai Baitulmuqaddis Timur') dikelilingi dengan tembok yang dibina sejak kurun ke-15 lagi. Kota lama ini terbahagi kepada empat kawasan: Islam, Kristian, Yahudi, dan Armenia.

HARGA DARI : RM8,290
 

ITINERI PAKEJ

HARI

AMMAN ( LAPANGAN TERBANG QUEEN ALIA ) ~JERICHO ~ BAITULMAQDIS

meals-ld
1

Berkumpul di KLIA 4 jam sebelum waktu berlepas bagi urusan pendaftaran masuk (Check In). Setelah tiba di Lapangan Terbang Queen Alia Amman, Jemaah akan di sambut oleh wakil kami dan akan terus dibawa menuju ke Tanah Suci Baitulmaqdis melalui Allenby Bridge, untuk urusan pelepasan Imigresen. Jemaah kemudian di bawa
menziarahi Kota Jericho, Ia dipercayai merupakan sebuah bandar yang telah lama ditinggalkan. Makan tengahari dan kemudian meneruskan perjalanan ke Bandar Baitulmaqdis, seterusnya pendaftaran masuk hotel, makan malam dan berehat.


HARI

LAWATAN SEKITAR KOTA LAMA

meals-bld
2

Selepas sarapan pagi di hotel, jemaah akan dibawa melawat sekitar Kota Lama Baitulmaqdis . Ia merupakan sebuah bandar lama yang menempatkan beberapa tapak penting dalam sejarah islam seperti kubah Masjid Al-Aqsa, Masjid Omar, Masjid Qibli, Pasar Lama, gereja The Holy Sepulcher dimana tempat Nabi Isa A.S di salib mengikut kepercayaan agama kristian. Kembali ke hotel untuk makan malam dan berehat.


HARI

BETHLEHEM ~ HEBRON ~ BAITULMAQDIS

meals-bld
3

Selepas sarapan pagi di hotel, jemaah akan dibawa melawat ke Bandar Bethlemen (Bandar Palestin), yang terletak dibahagian selatan Palestine yang diangkat sebagai tempat kelahiran Nabi Isa A.S. dikawasan selatan Bandar tebing barat. Jemaah kemudian dibawa menuju ke Hebron untuk melawat Makam Nabi Ibrahim A.S dan keluarganya. Kembali ke hotel untuk makan malam dan berehat.


HARI

GUNUNG ZAITON ~ MAKAM RABIATUL ADAWIYAH ~ MAKAM NABI MUSA (AS) ~ MAKAM NABI DAUD (AS) ~ MAKAM SULAIMAN AL FARISI

meals-bld
4

Selepas sarapan pagi jemaah akan dibawa melawat Gunung Zaiton. Gunung Zaiton dinamakan sempena Pokok Zaiton yang banyak tumbuh dikawasan lereng gunung terbabit. Jemaah kemudian akan dibawa melawat Makam Rabiatul Adawiyah, Makam Nabi Daud A.S, Makam Nabi Musa A.S dan Sulaiman Al Farisi. Jemaah kemudian akan pulang ke hotel di Baitulmaqdis untuk makan malam dan berehat.


HARI

AFTAR KELUAR HOTEL BAITULMAQDIS ~ TASIK TIBERIAS ~ KOTA JAFFA LAMA ~ MAKAM ABU UBAIDAH ~ MAKAM NABI YOUSHA (AS) ~ AMMAN HOTEL

meals-bld
5

Selepas sarapan urusan daftar keluar hotel, Jemaah akan dibawa ke Tasik Tiberias. Tasik Tiberias merupakan salah satu tasik yang disebut dalam hadis sahih dimana antara tanda-tanda kemunculan Dajjal adalah apabila keringnya air di Tasik Tiberias ini. Jemaah kemudian akan dibawa ke Kota Lama Jaffa dimana tempat dikatakan dalam Al Quran sebagai tempat Nabi Yunus AS terdampar selepas dikeluarkan dari mulut ikan Paus sebelum Jemaah dibawa kesempadan Jordan untuk urusan pelepasan Imigresen. Jemaah kemudian akan dibawa melawat Makam Abu Ubaidah Amer Bin Jarrah. Abu Ubaidah bin al-Jarrah atau nama sebenarnya Amir ibn Abdullah ibn al-Jarrah salah seorang Muhajirin yang hadir semasa saqifah Bani Sa’ad. Abu Ubaidah merupakan antara calon pilihan Abu Bakar untuk menjadi khalifah bersama Umar, namun umat islam ketika itu sepakat untuk memilih Abu Bakar sebagai khalifah Rasulullah yang pertama. Kemudian melawat Makam Nabi Yousha Bin Nun A.S yang merupakan sahabat rapat kepada Nabi Musa A.S dan kemudiannya Jemaah akan dibawa ke Amman untuk makan malam dan berehat.


HARI

AMMAN – PETRA - AMAN

meals-bld
6

Selepas sarapan pagi di hotel, jemaah akan dibawa melawat seharian di Petra. Kota Nabatean Petra (Nabatean City Of Petra) yang membawa maksud “Batu” dalam Bahasa Greek yang merupakan sebuah bandar bersejarah dan arkeologi di selatan Jordan. Petra terletak di lereng Jabal Al-Madbah di lembah di antara gunung-gunung yang membentuk lembah timur dan lembah Arabah yang bermula dari Laut Mati ke Teluk Aqaba.Petra dipercayai telah dibina pada awal 9000 sebelum masihi, dan ia mungkin ditubuhkan pada abad ke-4 sebelum masihi sebagai ibu kota Kerajaan Nabataean. Makan tengahari disediakan di Petra dan kembali ke hotel untuk makan malam dan berehat.


HARI

DAFTAR KELUAR HOTEL AMMAN ~ GUA ASHABUL KAHFI ~ MAKAM NABI SYUIB (AS) ~ LAUT MATI ~ LAPANGAN TERBANG QUEEN ALIA AMMAN ~ KUALA

meals-bl
7

Selepas sarapan pagi dan urusan daftar keluar hotel, Jemaah akan dibawa melawat ke Gua Ashabul Khahfi (7 Sleepers Cave). Ia menceritakan kisah kumpulan pemuda yang beriman, yang jatuh ke dalam tidur ghaib di sebuah gua dan kemudian dibangkitkan ratusan tahun kemudian. Gua ini terletak di pinggir Abu Alanda di amman. Kisah para sahabat dari gua itu terdapat di surah 18 Al-Qur'an, al-Kahf (Gua). Kemudian melawat ke Laut Mati (Dead Sea) dan Makam Nabi Syuib A.S. Jemaah seterusnya akan dibawa ke Lapangan Terbang Queen Alia International untuk penerbangan pulang ke Malaysia.

SENARAI HARGA

Pengianapan SEORANG (RM)

DEWASA

  • AMMAN – HOTEL ARENA SPACE ATAU SETARAF
  • BAITULMAQDIS - HOTEL HOLYLAND ATAU SETARAF
8,290

Jadual Penerbangan

  • QR 853   28NOV   KUL/DOH     0205/0510
  • QR 402   28NOV   DOH/AMM   0810/1030
  • QR 401   04DEC   AMM/DOH   2015/0005+1
  • QR 848   05DEC   DOH/KUL    0245/1530

Pakej termasuk

  • Tiket penerbangan 
  • Penginapan di hotel bertaraf 3 - 4 bintang beserta sarapan
  • Makanan halal seperti yang tertera di atucara
  • Pengangkutan seperti dalam atucara
  • Pengangkutan dan perkhidmatan pemandu pelancong
  • Bayaran kemasukan ke Petra
  • Cukai pelepasan di Allenby Bridge
  • Bag
  • Tips 

Pakej tidak termasuk

  • Perbelanjaan peribadi
  • Insurans perjalanan (TOKIO MARINE - RM80)
  • Makanan selain dari atucara

Note

  • Pendaftaran nama dan pembayaran penuh perlu dibuat selewatnya 45 hari sebelum tarikh bertolak
  • harga pakej, itineri dan tarikh perjalanan tertakluk pada perubahan
Share

Join Us @ Facebook