There isn't any images, Please upload via modules management in admin section
Europe

CONFIRM DEPARTURE 2019 : 10 HARI 8 MALAM KEMUNCAK SCOTLAND & ENGLAND! MENEROKA LOKASI TERBAIK BRITAIN

Urquhart Castle
Dari RM8,990 (seorang) menerokai lokasi terbaik di Britain! Anda berpeluang merasai keseronokan di kota besar, muzium, taman dan membeli-belah di London dan juga Edinburgh. Tarikan lain sepeti di bandar-bandar kecil dan beberapa aktiviti luar yang terbaik antaranya di Cotswolds.
HARGA DARI : RM8,990
 

ITINERI PAKEJ

HARI

BERLEPAS DARI KUALA LUMPUR

no-meals
1

Berlepas dari  KLIA ETA 2135.


HARI

MUSCAT -LONDON – YORK

meals-l
2

Transit di Muscat sebelum bertolak ke London. Setiba di London bertolak ke kota abad pertengahan,  York selama 4 jam. Terkenal dengan gelaran  “The Viking Land’ of England, bandar ini kaya dengan sejarah pemerintahan Viking.  Lawatan dimulakan dengan singgah ke Muzium National Railway. Muzium National Railway mempunyai koleksi terbesar keretapi sejak 300 tahun lalu. Habiskan masa bebas di kota bersejarah Shambles untuk membeli belah dan minum teh atau lawat Jorvik Viking Centre. Daftar masuk hotel pada sebelah malam. 


HARI

YORK – NEWCASTLE – EDINBURGH

meals-b
3

Daftar keluar dan bertolak ke Newcastle. Persinggahan pertama,  ‘Angel Of The North’ satu arca kontemporari yang terkenal di UK.  Teruskan  perjalanan selama 2.5 jam ke  bandar bersejarah kota lama Edinburgh; nikmati keindahan seni bina Georgian dan Victorian pada bangunan sepanjang Royal Mile, Istana Edinburgh dan membeli belah di  Princes Street termasuk Hard Rock Café. Kembara diteruskan ke Arthur  Seat, puncak Taman Holyrood untuk menikmati pemandangan indah kota lama itu dari puncak. Daftar masuk hotel dan rehat.


HARI

EDINBURGH -  FALKRIK – STIRLING  – LOCH NESS

meals-b
4

Usai sarapan, teruskan perjalanan di tanah tinggi Scotland yang terkenal dengan keindahan bentuk muka bumi dan mitosnya. Singgah sebentar di Falkirk untuk merakam gambar di hadapan arca kepala kuda setinggi 30 meter, Kelpies yang dibina bagi menghargai 

sumbangan haiwan itu dalam membantu sektor industri dan ekonomi. Perjalanan diteruskan ke Stirling untuk merakam gambar 

keindahan seni bina Istana Stirling.  Kembara penerokaan tanah tinggi Scotland  dimulakan dengan merentasi Banjaran Pergunungan Cairngorms  dimana  kita akan merentasi  bandar percutian Aviemore  dan Loch Morlich  -  sebuah tasik indah dengan berlatarbelakang  gunung.  Perjalanan diteruskan ke Inverness  yang sinonim dengan Loch Ness, tasik terkenal dengan lagenda raksasa  Nessie. Daftar masuk hotel. Bermalam di Inverness / Fort William


HARI

FORT  WILIAM  – GLENCOE – LOCH LOMOND – GLASGOW

meals-b
5

Selepas sarapan, rombongan dibawa ke pekan comel,  Loch Ness dan Istana Urquhart untuk bergambar. Rombongan kemudian dibawa ke lembah popular di Scotland dikenali sebagai  Glencoe – lokasi terkenal dalam filem  James Bond Skyfall yang berlatar belakangkan pergunungan Ben Nevis. Perjalanan diteruskan ke Loch Lomond. Umpama lukisan kawasan ini dikatakan satu daripada lokasi paling cantik dan menarik di tanah tinggi Scotland. Jika cuaca mengizinkan, peserta boleh mencuba menaiki bot (tiket tidak termasuk) dan makan tengahari di Loch Lomond Shore. Selepas makan tengahari kembara diteruskan ke  Glasgow,  bandar terbesar Scotland dan ketiga terbesar di United Kingdom. Bandar yang terkenal dengan lebih 20 muzium dan galeri termasuk  Muzium Riverside yang mengumpulkan koleksi kereta, basikal, bot dan tram. Nikmati masa bebas dan membeli belah di  Forge Shopping Center.  Daftar masuk hotel dan bermalam.


HARI

GLASGOW – GRETNA GREEN  – LIVERPOOL

meals-b
6

Selepas sarapan, perjalanan diteruskan ke pekan kecil Gretna Green, bersempadan dengan England. Pekan kecil ini terkenal sebagai lokasi perkahwinan dan akiviti pertukangan besi. Peserta juga berpeluang membeli belah di Gretna Gateaway Outlet Village.  Perjalanan  diteruskan ke Liverpool, yang terkenal dengan kumpulan muzik  1970 an,  The Beatles dan dermaga. Sambil merakam gambar, peserta berpeluang  menikmati masa santai di Royal Albert Dock  yang juga lokasi Muzium Maratim,  Muzium Titanic dan  The Beatles Story. Bagi peminat bola sepak Inggeris, lawatan singkat ke Stadium Anfield yang menempatkan kelab bola sepak Liverpool. Kembali ke bandar, nikmati masa lapang di pusat bandar dan daftar masuk hotel untuk bermalam. 

 

HARI

LIVERPOOL – COTSWOLDS  - BICESTER VILLAGE – OXFORD 

meals-b
7

Selepas sarapan, perjalanan diteruskan ke selatan menghala ke  Warwickshire, wilayah indah di bahagian Midlands. Persinggahan pertama di  Stratford Upon Avon, pekan kelahiran  Willian Shakespeare . Perjalanan diteruskan ke Bourton on the Water, salah satu kampung tercantik di UK.  Meneroka pekan itu sebelum ke Arlington Row di Bibury  village, yang dianggap ramai sebagai satu daripada kampung tercantik di England. Kemudian, perjalanan diteruskan ke satu bandar pendidikan terkemuka,  Oxford  dan menikmati keindahan bangunan bersejarah dengan berjalan kaki. Bandar ini juga terkenal sebagai lokasi beberapa filem Hollywood seperti  Harry Potter, Doctor Strange dan  DaVinci Code. Di sebelah petang, menghabiskan masa membeli belah di Factory Outlet - Bicester Village. Daftar masuk hotel dan rehat.  

 

HARI

OXFORD - LONDON

meals-b
8

Bertolak ke London dan terus membeli-belah di London Designer’s Outlet untuk membeli belah, terdapat pelbagai jenama popular disini. Seterusnya, lawatan ke The Emirates – stadium bagi pasukan Arsenal. Akhirnya, daftar masuk hotel dan bermalam.

 

HARI

LONDON

meals-b
9

Sarapan pagi. Teruskan lawatan seharian di Kota London. Melihat dengan dekat mercu tanda popular London seperti  Tower Bridge, Big Ben, Buckingham Palace, Bayswater, Edgware dan London Eye atau kunjungi Madam Tussauds (optional) di London. Meneruskan aktiviti membeli belah sepanjang  Oxford Street. 

 

HARI

BERLEPAS DARI  LONDON

meals-bl
10

Program bebas dan peluang menikmati London dengan sendiri. Anda boleh juga kunjungi Kensington Garden, Hyde Park dan lain-lain. Selepas itu ke Lapangan Terbang untuk berlepas WY102 ETD02050  transit di Muscat.

 

HARI

TIBA DI KLIA

meals-bl
11

Dijangka tiba di KLIA ETA2010 hrs. Harap semua mempunyai kenangan yang terindah dalam lawatan ini.


PRICE DETAILS

TARIKH   HARGA SEORANG
DEWASA KANAK-KANAK SINGLE SUPP
BERDUA/BERTIGA DENGAN KATIL

TANPA KATIL

(SEHINGGA 5 TAHUN)

2019

  • 19-28/07
  • 20–29/08
  • 01–10/09
  • 12–21/09
  • 10–19/10 
  • 27-06/12
RM8,990 RM8,590 RM7,590 RM2,500

*Nota:Kadar tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu sekiranya bilangan peserta kurang, perubahan harga tiket penerbangan dan disebabkan turun naik mata wang. 

*Surcharge RM600 seorang jika jumlah peserta 10 – 12 pax

 Senarai Hotel

  • York - The Minster Hotel Atau Serupa
  • Edinburgh - St Valery Guest House Atau Serupa
  • Loch Ness - Aslaich Bed & Breakfast Atau Serupa
  • Glasgow - Clifton Hotel Atau Serupa
  • Liverpool - Tune Hotel Atau Serupa
  • Oxford - Oxford Abingdon Hotel Atau Serupa
  • London - Berjaya Hotel Atau Serupa

Maklumat Penerbangan

  • WY 824   KULMCT   2135 0020
  • WY 103   MCTLHR   0150 0630
  • WY 102   LHRMCT   2050 0715
  • WY 823   MCTKUL   0905 2010

Pakej Termasuk

  • Penerbangan ekonomi dengan 30kg bagasi 
  • Peginapan
  • Lawatan dan minum pagi
  • Penghantaran ke Lapangan Terbang (sepenuhnya AC)
  • Pemandu pelancong
  • Ketua rombongan bergantung kepada jumlah minimum peserta

Pakej Tidak Termasuk

  • Tips RM200 seorang
  • Insurans perjalanan RM100 seorang
  • Makan tengahari & malam selain aturcara
  • Perbelanjaan sendiri 
  • Selain yang ditetapkan dalam jadual

Validity

  • Valid Disember 2019
EDINBURGH- GRAMPIAN MOUNTAINS – LOCH NESS  
Share

Join Us @ Facebook