Europe

9 HARI 7 MALAM EROPAH : LONDON - PARIS - BRUSSELS - AMSTERDAM KHAS DENGAN TREN LAJU EUROSTAR (BAHASA)

Image result for europe tour
Eropah merupakan tempat yang penuh sejarah dan budaya. Keindahan eropah pastinya akan memukau sesiapa yang mencintai alam semula jadi. Kepelbagaian monument bersejarah, keindahan pantai, lemabh dan gunung pasti memikat hati setiap manusia.
HARGA DARIPADA: RM7,490
 

PACKAGE ITINERARY

HARI

BERLEPAS  KLIA

no-meals
1

Berlepas dari KLIA ETD2355, transit di Istanbul ETA0620 dan ETD0840.


HARI

LONDON 

meals-l
2

Tiba di Lapangan Terbang Heathrow, London ETA0950. Bertolak ke pusat Outlet yang dipenuhi berbagai jenama terkenal di Wembley Outlet dan makan tengahari dan solat jama’ disini. Perjalanan diteruskan ke Stadium Emirates dan Stadium Chelsea untuk merakam kenangan serta membeli belah di Club MegaStore. Selesai sesi itu, kembara diteruskan ke kota London.

Daftar masuk di hotel dan rehat. Di sebelah malam, nikmati keindahan malam dan aktiviti beli belah di deretan kedai Queensway Street di Bayswater dan Whiteleys Shopping Centre. Makan tengah hari disediakan. Solat Jamak di Outlet / Masjid.


HARI

LONDON

meals-bl
3

Selepas sarapan, menikmati keindahan kota London. Singgah di mercu tanda popular London seperti Tower Bridge, Big Ben, Buckingham Palace, London Eye dan Hyde Park. Solat Jamak di  Masjid London. Singgah di  Hard Rock Café London untuk membeli cenderahati.  Makan tengah hari disediakan. Teruskan aktiviti membeli belah sepanjang  Oxford Street . Balik ke hotel untuk rehat atau meneruskan aktiviti bersiar/ membeli belah tanpa pemandu pelancong.


HARI

LONDON - PARIS

meals-bl
4

Usai sarapan, aktiviti bebas untuk meneroka kota London. Pilihan sama ada meneruskan aktiviti beli belah di Bayswater atau ke Taman Kesington Garden untuk bermain dengan burung & itik di kolam kegemaran Puteri Diana. Anda juga boleh menghabiskan masa di muzium pilihan.

Bertolak ke Paris menggunakan tren laju Eurostar (Daftar masuk satu setengah jam (1.30 jam) sebelum berlepas)

• 16:31 LONDON ST-PANCRAS
• 19:47 PARIS NORD

Lewat petang: Sebaik tiba di stesen keretapi Paris Gare Du Nord – dibawa ke hotel dan daftar masuk hotel.
Makan tengah hari dan solat Jamak di London.


HARI

PARIS

meals-bl
5

Selepas sarapan, rombongan akan dibawa meneroka kota cinta, Paris dengan mengunjungi beberapa lokasi popular seperti Menara Eiffel Tower – termasuk tiket ke Tingkat 2, Notre Dame, Arch de Triomphe, Musee Du Lourve dan Sacre Coeur. Perjalanan diteruskan ke Mosque de Paris (Masjid Jamek Paris), yang direka dengan seni bina diilhamkan dari Istana Alhambra di Sepanyol. Solat Jamak dan makan tengah hari di sini.

Selepas itu, rombongan akan dibawa ke Muzium Minyak Wangi bagi mempelajari sejarah minyak wangi & peserta berpeluang membeli perfume disini dan terus terus ke La Fayatte Galleries untuk aktiviti beli belah. Singgah di Hard Rock Café Paris untuk membeli cenderahati. Kembali ke hotel di sebelah malam dan rehat. Makan tengah hari di Paris dan solat Jamak di Masjid Jamek Paris.


HARI

PARIS – BRUGES – BRUSSEL

meals-bl
6

Daftar keluar hotel selepas sarapan untuk berlepas ke Belgium. Bandar Bruges yang terkenal sebagai  Venice di Utara menjadi persinggahan pertama pada hari ini. Ia terkenal dengan senibina zaman medival dan menjadi tempat bersejarah  serta dinobatkan sebagai Tapak Warisan UNESCO. Wilayah Flemish (pengaruh Belanda) ini mempunyai terusan indah, kedai coklat, kafe kecil, kedai renda dan kota lama yang menakjubkan. Sambil bersiar-siar di bandar ini, apa kata nikmati kopi yang enak di beberapa kafe sepanjang jalan atau menaiki kereta kuda untuk bersiar-siar. Perjalanan diteruskan ke Brussels dan daftar masuk hotel. Makan tengah hari di Bruges dan solat Jamak di Pusat Kesenian Islam  @  Diksmuideheirweg 169.

 

HARI

BRUSSEL- ROTTERDAM –AMSTERDAM

meals-bl
7

Selepas sarapan, bersiar-siar di kota Brussels .  Menikmati keindahan pagi di Grand Place dan merakam gambar di patung Brussels, Manneken Pis. Untuk peminat kemeja T dan cenderahati  Hard Rock Café, boleh singgah di butik itu berdekatan  Grand Place. Makan tengah hari dengan juadah kupang Belgium yang terkenal dan jangan lupa membeli coklat sebagai buah tangan. Kembara diteruskan ke Automium, satu lagi mercu tanda Brussels. Singgah untuk merakam gambar binaan yang dibina pada 1958 sempena Brussels World's Fair, yang melambangkan  kristal besi yang diperbesarkan saiznya sehingga 165 bilion kali. Kemudian,  bertolak ke  Amsterdam melalui  Rotterdam, pelabuhan terbesar di Belanda. Setiba di Amsterdam, daftar masuk hotel. Makan tengah hari dan solat Jamak di Brussels.

 

HARI

ZAANSE SCHANS – WINDMILL – MARKEN - VOLENDAM

meals-bl
8

Usai sarapan, anda berpeluang menikmati keindahan bandar Amsterdam. Singgah di lokasi terbaik Belanda.  Zaanse Schanse,  perkampungan yang terletak di tepi Sungai Zaan yang turut menempatkan kincir angin yang dibina sejak kurun ke-17. Selepas itu bertolak ke Volendam & Marken untuk melihat pembuatan terompah tradisional dan keju dengan lebih dekat di Simonehoeve (kilang keju). Kembara di Volendam tidak lengkap jika tidak menikmati keenakan makanan laut di perkampungan nelayan ini. Teruskan dengan aktiviti bergambar bersama-sama kapal berlabuh sebelum kembali ke Amsterdam.

Setiba di Amsterdam, terus ke City Tour bersama-sama pemandu pelancong tempatan, menikmati  keindahan dan sejarah kota ini termasuk bunga tulips, terusan dan muzium menerusi perjalanan dalam bas. Bertolak ke Dam Square, destinasi popular di bandar ini. Masa bebas untuk meninjau kedai cendera hati, butik dan kafe di sepanjang dataran ini singgah seketika di Hard Rock Café Amsterdam untuk cenderahati. Masa bebas. Makan tengah hari di  Volendam.

 

HARI

BERSIAR DI AMSTERDAM  – BERLEPAS

meals-bl
9

Selepas sarapan,  daftar keluar hotel dan terus nikmati Canal Cruise. Kemudian singgah ke Gassan Diamond untuk melihat proses & jualan batu permata serta berbagai produk dengan “special tax refung”. Makan tengah hari halal/makanan laut dan solat Jamak di Central Mosque sebelum ke Lapangan Terbang  Amsterdam untuk penerbangan balik ke Kuala Lumpur ETD1815. Transit di Istanbul ETA2345  dan teruskan penerbangan ke  KLIA ETD0155.

 

HARI

Tiba di KLIA

no-meals
10

ETA1720 – Tiba di Kuala Lumpur dengan kenangan manis dan indah. Alhamdulillah.

 

SENARAI HARGA

TARIKH BERLEPAS                   HARGA PER PERSON (RM)
DEWASA (BILIK BERDUA/BERTIGA) KANAK-KANAK DENGAN KATIL KANAK-KANAK TANPA KATIL BAYI SINGLE SUPP

16 OKT - 24 OKT 2018

 RM7,490  RM7,000  RM6,000  RM1,000 RM2,000

04 DIS - 12 DIS 2018

 RM7,990  RM7,500  RM6,500  RM1,500 RM2,500


MAKLUMAT PENERBANGAN

  • TK061    KUL/IST   2315/0515
  • TK1979  IST/LHR   0745/0950
  • TK1954  AMS/IST  1915/2345
  • TK060    IST/KUL   0130/1710
 

PAKEJ TERMASUK

  • Tiket pergi balik - Turkish Airline
  • Hotel di bilik berdua / bertiga dengan sarapan setiap hari
HOTEL NEGARA LOKASI
HOLIDAY VILLA ENGLAND LONDON
IBIS NANTERRE LA DEFENSE FRANCE PARIS
RAMADA HOTEL BRUSSELS BELGIUM
BLUE SQUARE AMSTERDAM NETHERLANDS
  • Makanan seperti dalam itineri
  • Airport transfer
  • Tiket masuk, perjalanan bot dan lawatan
  • Pemandu pelancong berbahasa Inggeris
  • Tiket kereta api Eurostar London - Paris
  • Tips
  • Insurans Perjalanan

PAKEJ TIDAK TERMASUK

  • Perbelanjaan peribadi
  • Lain-lain yang tidak disebutkan atau dinyatakan di atas

Nota

  • Harga tertakluk kepada perubahan . Hotel adalah tertakluk kepada ketersediaan
Share

Join Us @ Facebook